Social Icons

Tuesday, 24 January 2012

Berstatus Muflis Di Usia Muda


APA perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia yang masih terlalu muda'? Tambah lagi apabila silapnya adalah anda tidak mampu lagi membayar hutang kad kredit yang mencecah ribuan ringgit. Atau mungkin kerana menjadi mangsa kepada ketaksuban untuk bertukar-tukar kereta pada hal kewangan belum benar-benar layak untuk berbuat demikian.

Bukan itu sahaja, anda juga sudah boleh menjadi penjamin pinjaman orang lain dan mempunyai hak menentukan keperluan diri sendiri terutama dalam aspek pembelian harta dan sebagainya. Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa perancangan kewangan yang teliti bahana menanti.

Apatah lagi dengan promosi yang bertambah-tambah galak terutamanya apabila majikan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus. Serentak itu berpusu-pusulah juga bank dan kakitangannya membuat promosi menarik dengan janji-janji serba indah.

Mungkin apa yang berlaku hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Dulu kuasa membeli kita terlalu rendah namun keadaan tersebut memang amat berbeza kini.

Jangan leka tak berjimat dan seronok nak bergaya sangat, kerana salah langkah buruk padahnya, tidur tak lena, tekanan di sini sana. Lebih memburukkan keadaan, dalam usia yang masih boleh dikategorikan muda anda sudah disenaraihitamkan oleh institusi perbankan atau lebih teruk bergelar muflis.

Muflis terjadi apabila berlaku situasi ketidakupayaan membayar kembali hutang, liabiliti, entiti, aset atau apa jua kaedah dalam urusniaga mata wang kertas kepada pemberi hutang melebihi tempoh yang dibenarkan.

Adakalanya mungkin keadaan yang menyebabkan seseorang individu itu terjebak dalam keadaan ini. Kurangnya pengetahuan dalam ilmu pengurusan kewangan juga boleh menjadi punca seseorang itu terjebak menjadi muflis.

Dalam satu laporan akhbar yang diterbitkan baru-baru ini menyebut, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Statistik itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj. Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.

Kesimpulannya, bagi mereka yang baru bekerja, kira ke mana duit kamu dibelanjakan, jangan boros, kamu lebih panjang akal dan panjang langkah. Tak perlu bayar bil telefon beratus-ratus, tak perlu bayar bil stesen televisyen satelit, pakaian berjenama, bergaya dengan kereta atau makan bermewah cukuplah sekadar bersederhana dan naikkan elaun bulanan orang tua bagi mendapatkan keberkatan. 

....................................................................................................................

Perkongsian : Pn. Nurhayati (petikan daripada utusan 19 Januari 2012)




0 comments:

Post a Comment

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates