Stres adalah respon tubuh
seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan.
Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang
datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak,
teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga
datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap
diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang
buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan
agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45
minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang
memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F.
Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang
pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat
untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri
secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan
alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar
akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis
puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat
baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat
membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi.
Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan.
Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap
lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak,
sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita
sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra
diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui
pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan
pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses
kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem
saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang
negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap
sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
...................................................
Perkongsian : Pn. Nurhayati
0 comments:
Post a Comment