Dari masa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun, tidak dapat dinafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.
Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).
Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?
Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.
Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
- Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
- Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
- Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
- Faktor genetik.
Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
- Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
- Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse
- Gunakan papan kekunci dengan betul.
Perkongsian : En. Hapis (Ft)
tk en hapis..baru perasan kebelakangan ini tangan saya pun kebas..saya suspek high blood pressure...maybe sebab ni
ReplyDeletekemungkinan mmg sbb ni puan, nanti saya kongsikan cara penggunaan keyboard dan mouse dgn betul utk mengelak rasa kebas/(Carpal Tunned Syndrome).
ReplyDelete