Social Icons

Monday 16 January 2012

Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps

Lelaki dan perempuan itu berbeza, bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain, mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama, ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung.
  • Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian.
  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta.
  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada wanita.
  • Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri.
  • Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja.
  • Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa.
  • Mengapa lelaki ibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik.
Buku ini bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

Boleh didapati dimana-mana kedai buku dengan harga RM 25.00 sahaja.

Keluaran PTS Millennia Sdn. bhd.

..........................................
Perkongsian : Pn Nur Aen

6 comments:

  1. Puan Aen...boleh beri comment secara ringkas kenapa lelaki hanya boleh buat satu perkara pada satu masa? Bunyinya macam kurang produktif jer....

    ReplyDelete
  2. Sebab mengikut kajian otak lelaki terbentuk bagi memberi perhatian kepada perkara atau tugasan yang khusus pada satu-satu masa.
    Contoh : Kalau lelaki tengok papan tanda mereka akan menutup radio kerana lelaki menganggap itu sebagai gangguan.

    ReplyDelete
  3. tambahan ya Puan Sue. masa zaman universiti, wanita boleh siapkan nota dgn kemas berbanding lelaki yg perlu buat 1 pilihan d antara 2 sama da memilih utk "mendengar" atau "menyalin" nota yg disampaikan oleh pensyarah.

    Sebab tu ALLAH kurniakan kelebihan buat wanita khususnya para ibu dan isteri dgn kemampuan menjalankan kerja rumah yang pelbagai dalam satu masa. Memasak sambil menjerang air, menyusukan bayi dsebagainya. Walaubagaimanapun lelaki....

    ReplyDelete
  4. Lagi satu pn su, bukanlah lelaki ni x produktif cuma pemikiran lelaki lebih tertumpu satu benda berbanding kalau tgk perempuan boleh bercakap sambil membuat kerja2 lain...tp ni bukan saya yg ckp...ni hasil kajian...buku ni mmg menarik dan isinya santai je utk dibaca.

    ReplyDelete
  5. Betul tu En Ikhram :) Tq 4 info

    ReplyDelete
  6. OK..TQ 4 SHARING..SAYA AKAN BELI KALAU JUMPA YG ADA DISKAUN NANTI..:)

    ReplyDelete

 

Sample text


Persijilan MS ISO 9001:2008
Kepada JKMM

Tempoh :
22 Nov 2011 - 23 Nov 2014

Daripada :
CI Internacional Certificication

Tahniah Diucapkan


MAKLUMAN PETUGAS KAUNTER

1. Memohon pemegang kad OKU lama, menukar kepada kad yang baru.

2. Pastikan 'Stapler' di sudut kecil gambar sahaja.

"Kerjasama dan Prihatin"


MAKLUMAN KEWANGAN
Bayaran Bantuan Kewangan melalui Bank bagi PKMD Petaling
adalah pada setiap hari pertama bekerja pada bulan berkenaan (1st Working Day of That Particular Month).

Anda Pengunjung

Renungan

Our Blogger Templates

 
Blogger Templates